Terma & Syarat

Terma & Syarat :

Kandungan terma dan syarat boleh berubah, dipindahkan atau dihapuskan pada bila-bila masa. Harap maklum bahawa SimkadBeone.com mempunyai hak untuk mengubah kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang terma dan syarat ini, SimkadBeone.com akan melakukan tindakan.

Anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.

SimkadBeone.com adalah merupakan platform untuk BeONE Sales Executive (BSE) mempromosikan simkad BeONE Prepaid menggunakan web promosi yang disediakan. Website ini bukan web rasmi BeONE Network Sdn Bhd.


Pembelian & Pembayaran :
  • Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.
  • SimkadBeone.com berhak untuk membatalkan kontrak penjualan sekiranya pembayaran untuk pesanan tidak diterima sepenuhnya.
  • Pastikan nama, alamat, poskod dan e-mel diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
  • Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi kami.
  • Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.
  • Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.

Pendaftaran & Akaun Keahlian :
  • Semua pengguna SimkadBeone.com boleh mendaftar untuk akaun keahlian baru dan akses ke akaun pengguna melalui laman web dan aplikasi mudah alih kami. Anda bersetuju untuk memberikan, mengekalkan dan mengemas kini maklumat yang benar, tepat, dan lengkap mengenai diri anda seperti yang diminta oleh proses pendaftaran. Anda tidak boleh menyamar sebagai orang atau entiti atau memberi gambaran yang salah.
  • Pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada komen yang dikirimkan ke SimkadBeone.com yang akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi hak peribadi atau hak milik lain. pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada kandungan dari bahan yang menyalahi undang-undang, kasar atau lucah yang dihantar ke laman web ini. Hanya Pengguna yang bertanggungjawab atas kandungan komen yang telah dibuat.

Newsletter :
  • Pengguna harus bersetuju bahawa SimkadBeone.com boleh menghantar infomasi mengenai berita / produk / promosi terkini dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.

Ketepatan Maklumat :
  • Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di SimkadBeone.com yang mengandungi kesalahan ejaan, ketidaktepatan, peninggalan, yang mungkin berkaitan dengan keterangan produk, harga, kemudahan dan maklumat dikemaskini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada pelanggan.

Umum :

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma & syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran terma & syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan terma & syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan terma & syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma & syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui pendaftaran sebagai pembeli atau pengguna SBM.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Pihak SimkadBeone.com tidak akan bertanggungjawab atas segala risiko, masalah, kesan dan akibat dari kesalahan ketika menggunakan platform kami.

Pesan Sim Sekarang

Penghantaran SIM ke seluruh negeri di malaysia!