Cara Top Up Nombor Beone Prepaid

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang cara topup simkad BeONE Prepaid, kami akan kongsikan bersama anda langkah-langkahnya di bawah. Diharap tutorial ini membantu anda dalam memahami sedikit sebanyak proses tambah nilai BeONE Prepaid.

CARA 1: TOPUP MELALUI APLIKASI

1. Pengguna sedia ada beone, sila login ke aplikasi BeONE Prepaid dan klik “Credit Reload” (Rujuk gambar dibawah).

2. Seterusnya pilih amaun topup yang anda perlukan. Tambah nilai minumun untuk no Beone adalah RM5. Setelah anda pilih amaun topup, klik butang “PURCHASE“.

3. Di halaman ini, ada dua pilihan tambah nilai yang diberikan iaitu “Softpin” dan “Pinless“.

  • Softpin bermaksud akan akan menerima 16 digit pin reload melalui sms dan anda perlu memasukkan no 16 digit pin reload tersebut menggunakan menu USSD atau Softpin Reload pada aplikasi. (Boleh rujuk cara kedua)
  • Pinless bermaksud tambah nilai secara autoreload/automatik sebaik sahaja anda selesai membuat bayaran

Setelah pilih kaedah topup, anda boleh klik butang “PURCHASE

4. Seterusnya sistem akan membuat pengesahan/confirmation nilai topup sebelum anda buat bayaran. sekiranya amaun topup yang anda pilih betul, anda hanya perlu klik butang “PURCHASE

5. Sistem akan redirect ke perbankan online dan anda boleh melakukan pembayaran topup melalui bank pilihan anda. Selesai.

CARA 2: TOPUP MELALUI PIN

Anda boleh membeli top up Beone di mana-mana kedai runcit, 7 eleven. Hanya katakan bahawa anda ingin beli “topup RedONE” bernilai RM5, RM10, RM20, RM30, atau RM50. Anda akan menerima resit yang mengandungi nombor PIN 16 digit untuk dimasukkan. Hanya ikuti arahan yang disediakan bersama-sama resit tersebut.

1. Melalui USSD code : DAIL *122*<16 digits PIN># TEKAN CALL

2. Melalui Softpin Reload pada aplikasi Beone Prepaid. Masukkan PIN 16 digit tersebut pada menu Softpin Reload di dalam aplikasi , kemudian klik pada butang RELOAD. (Rujuk gambar dibawah)

Leave a Comment